Monday, December 20, 2010

Zakat Harta


ZAKAT HARTA 



  


Hukuman dan celaan enggan bayar zakat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَلَمْ يُؤَدِّ زَكَاتَهُ مُثِّلَ لَهُ مَالُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ شُجَاعًا أَقْرَعَ لَهُ زَبِيبَتَانِ يُطَوَّقُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُمَّ يَأْخُذُ بِلِهْزِمَتَيْهِ يَعْنِي بِشِدْقَيْهِ ثُمَّ 

 يَقُولُ أَنَا مَالُكَ أَنَا كَنْزُكَ

Sesiapa yang Allah kurniakan harta kepadanya dan dia tidak menunaikan zakatnya, maka Allah akan jadikan (hartanya) pada hari kiamat nanti seekor ular botak (st bisa) dan mempunyai dua tompok hitam di atas matanya (jahat), ulat itu akan membelit leher dan dagunya (tuan punya harta) sambil berkata : Akulah hartamu, akulah yang kamu simpan dahulu" Hadis riwayat Bukhari, Nasaie dan Ahmad.


Zakat harta terdiri drp ;

 a) Buah-buahan dan bijian yang menjadi makanan rugi (asasi) sesuatu negara spt padi,
     gandum, kurma dan barli
b) Ternakan spt kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
c) Bahan galian spt emas, perak
d) Wang simpanan
e) Harta perniagaan spt kedai, perusaahaan, perkilangan, saham dsb.
f) Harta rikaz iaitu harta karun yang dijumpai tertanam di dalam tanah.

     Firman Allah S.W.T.:
                  
Maksudnya: Ambilah sebahagian drp harta mereka  menjadi sedeqah (zakat), dengan itu kamu    membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk)...
                                                                                                          (Surah At-Taubah: Ayat 103)
    
Zakat diwajibkan kepada umat Islam yang cukup syarat-syarat, iaitu:

(a)   Islam, tidak wajib ke atas orang kafir;
(b)  merdeka, tidak wajib ke atas hamba;
(e)   sempurna milik, bukan harta curi, bukan harta orang lain, atau sebagainya;
(d)  cukup nisab, iaitu cukup kadar yang ditentukan oleh syarak;
      (e)   cukup haul, iaitu cukup masa atau tempoh yang ditentukan oleh syarak.

 
~ ~ emm... sebenarnya banyak kaifilah atau hikmat disebalik zakat harta.. jangan lah kita abaikan ibadat ini.. ia juga diibaratkan spt air yang membersihkan kotoran yang ada pada badan kita.. semakin banyak air yang digunakan, semakin hilang kotoran itu..zakat sama lah juga dgn air. bila kita buat ibadat zakat, kita dapat menyucikan akhlak kita.. bila kita da bersih, selesa lah kita di alam baqa dan akhirat nanti..



No comments:

Post a Comment