Friday, December 31, 2010

HARIMAU MALAYA JUARA AFF SUZUKI 2010



Syabas K. Rajagobal dan pasukan Harimau Malaya kerana melakar juara dalam PIALA AFF SUZUKI 2010.14 tahun penantian yang ditunggu-tunggu akhirnya berada di dalam gengaman harimau Malaya.. "ghaauuuummm..." inilah hasil usaha yang di asah oleh pemain, jurulatih dan pengurus pasukan,

Tabik Springgg kpd K. Rajagobal  kerana sanggup mengambil risiko menggalas beban yang cukup besar dlm arena BOla SePak. semangat kepasukanan dan sokongan dari rakyat malaysia perlu diteruskan untuk melakar nama malaysia di arena antarabangsa.

tahniah kpd Safee, ashari shamsuddin, serta khairul fahmi ...tingkatkan lagi kualiti serta prestasi dlm arena bola sepak,..


yahoo00... 31 disember cuti umum sempena kemenangan dlm AFF SUZUKI 2010..

Monday, December 20, 2010

KiSah Anbia

Berkat selawat keatas Rasullullah



Dikisahkan dalam sebuah kisah bahawa telah datang seorang perempuan menemui Hassan Albasri dengan berkata "wahai tuan guru, sesungguhnya saya mempunyai seorang anak perempuan yang telah meninggal dunia, saya sangat2 hendak melihat kedudukan anak saya didalam mimpi, oleh itu saya memohon kepada tuan ajarkan kepada saya amalan yang dapat memperlihatkan kedudukan anak saya"

Setelah mendengar kata2 perempuan itu maka Hassal ALbasri pun mengajarkan kepada perempuan itu selawat keatas Rasulullah SAW.

Setelah perempuan itu mempelajari dari Hassan ALBasri selawat tersebut, maka dia pun mengamalkan setiap hari sehingga pada suatu malam dia bermimpi, dalam mimpinya dia melihat anak gadisnya itu berada dalam neraka. Leher anak gadisnya dibelenggu sementara kedua kakinya diikat dengan tali dari neraka.

Sebaik sahaja perempuan itu melihat keadaan anak gadisnya itu, maka dia pun berjumpa dengan Hassan AlBasri lalu menceritakan perihal keadaan anaknya. Maka Hassan alBasri dan sahabatnya pun menangis.

Setelah sekian lama, maka satu hari Hassan albasri pun bermimpi dalam mimpinya dia melihat seorang gadis dalam syurga duduk diatas tilam dan dikepalanya terdapat mahkota yang memancarkan cahaya terang benderang, menerangi segala sesuatu ditumur dan barat.

Dalam mimpi itu Hassan Albasri pun ditegur oleh gadis itu dan berkata, "Wahai tuan guru, kenalkah siapa saya ini?" Hassan menjawab "Aku tidak kenal siapakah kamu".

Gadis itu berkata "Akulah anak perempuan yang mana satu ketika dulu tuan guru telah mengajarkan selawat keatas seorang perempuan"

Hassan berkata " Katakanlah kapada ku bagaimana kamu memperolehi kedudukan yang terbaik ini?"

Gadis itu berkata "Wahai tuan guru, satu hari seorang hamba Allah telah lalu dan membaca selawat lalu disedekahkan kepada kami semua, semua dia menyedekahkan selawat itu, kami mendengar suara berkata "Hentikan seksaan keatas mereka dan bebaskan mereka semua disebabkan berkat selawat hamba Allah itu keatas Rasulullah SAW"
Semoga kisah ini akan menjadi pedoman kepada kita untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Zakat Harta


ZAKAT HARTA 



 

Sunday, December 19, 2010

kisah ANBIA..

Nasihat Anak Kecil Kepada Orang Tua


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai. Semasa dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang menangis sambil mengambil wudhuk.

Apabila orang tua itu melihat si anak kecil menangis, maka dia pun bertanya: "Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?"

Anak kecil itu berkata: "Wahai pakcik, saya telah membaca Al-Quran sehingga sampai ke ayat yang berbunyi "Yaa ayyuhal ladziina aananuu quu anfusakum" yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu akan dirimu". saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam neraka."

Orang tua itu berkata: "Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan tidak akan dimasukkan ke dalam neraka."

Anak kecil itu berkata: "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akanmeletakkan ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini dahulu akan dibakar sebelum dibakar orang dewasa."

Orang tua itu berkata sambil menangis: "Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang dewasa, maka bagaimana keadaan kamu nanti."

Diriwayatkan orang tua tersebut adalah Hassan AlBasri.
Semoga kisah ini akan menjadi pedoman kepada kita untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

 BARANGSIAPA YANG MENANAM BUDI NESCAYA DIA MEMETIK KECINTAAN DAN BARANGSIAPA MENANAM KESOMBONGAN NESCAYA IANYA MEMETIK KEMURKAAN.

Friday, December 17, 2010

Ilmu

Pastikan ilmu penuh didada

Yang pastinya dituntut oleh agama


Diredhai YANG MAHA ESA


Untuk menempa bahagia di alam baqa

Thursday, December 16, 2010


"Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya."

semalam genap yang ke-21

alhamdulilah.. 
semalam umur kita dah mencecah 21 tahun..
itu tandanya harus berfikiran matang.
perlu tahu apa yang benar dan apa yang salah.. 
kita nak ucapkan terima kasih kepada keluarga (terutamanya maa, along ), saudara, teman sekuliah, dan teman sekolah yang tak lupa tarikh lahir saya.
 ~ ~ wahh.. sukenya kalau dapat sambut ditempat ala-ala garden..~ ~..




Haa... ni la favourite kita...(Blueberry Cheese Cake). Ummmm...